Dalam industri bahan kimia, kualiti produk, bahan mentah dan pemprosesan perlu menepati piawaian yang sangat tinggi, maka kualiti, ketepatan dan kelajuan perlu memenuhi piawaian yang tertinggi.

Proses pemantauan dan pengawalan diperlukan bagi semua fasa pemprosesan bahan kimia, dari bahan mentah ke pengadunan dan produk akhir. Pengukuran kelembapan NIR digunakan secara meluas dalam ujian bahan, kawalan kualiti dan proses pemantauan kerana ukuran serta-merta dan tanpa-sentuhannya.

NIR moisture measurementDengan bantuan rakan-rakan industri bersama pengetahuan selama 40 tahun, MoistTech mempunyai ribuan pemasangan dalam aplikasi bahan kimia di seluruh dunia. Kami menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi kedua-dua pembacaan ukuran kelembapan NIR dan pengesan kelembapan makmal bagi ujian setempat berdekatan garisan atau di dalam makmal kawalan kualiti.

Dalam proses pengadunan dan campuran, pemproses sering kali melaras kelembapan untuk mengekalkan kualiti produk mereka. Perubahan dan kelebihan kelembapan yang sedikit boleh menyebabkan pengumpalan dan memberi kesan kepada kualiti dan konsistensi.

Ketika proses pengeringan dan granulasi, ukuran kelembapan memainkan peranan penting dalam pembuatan bahan kimia. Ukuran dalam-proses memastikan optimasi dan pembasmian pengeringan berlebihan, yang akan menyebabkan produk tersebut tidak menepati piawaian dan degradasi. Dengan bacaan berterusan, pengilang boleh memastikan proses tersebut telah mencapai paras kelembapan yang diingini. Ujian kandungan kelembapan bahan kimia dalam proses boleh membantu pengilang mencapai penjimatan tenaga dan kos bahan api, bersama pengurangan pembaziran produk. Dengan ujian kelembapan NIR dalam talian, pengilang boleh memantau paras kelembapan, maka boleh mengawal pengering mereka dengan tepat bagi mengoptimumkan proses pembuatan dengan keperluan tenaga yang minimum.

Menyedari bahawa banyak syarikat pemprosesan bahan kimia menggunakan pelbagai ukuran rujukan utama, sama ada dari sumber dalaman atau luar, pengesan kelembapan NIR MoistTech adalah mudah dipasang dan digunakan. Ia membekalkan ukuran yang tepat secara serta-merta tanpa kehilangan konstituen dalam pengendalian. Tambahan lagi, ukuran serta-merta membekalkan kepada pengilang penjimatan dalam kos analisis, masa penghantaran dan kos penghantaran.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMoistech adalah sangat berpengalaman dengan keperluan dalam proses pembuatan bahan kimia. Penentukuran pengesan kelembapan bahan kimia kami, ukuran jarak gelombang, algoritma dan keperluan optikal pengesan kami telah dipra-tetap dalam kilang. Bagi analisis kelembapan melibatkan bahan kimia kering, ketepatan boleh dijangka pada +/-0.05%. Hasil keluaran boleh dilaras untuk mengoptimum PLC atau keperluan merekod. Bagi maklumat lanjut atau untuk berbincang mengenai aplikasi anda, sila hubungi ibu pejabat kami.

Faedah-faedah Analisis Kelembapan Bahan Kimia

  • Peningkatan Kualiti Produk
  • Pengurangan Kos Tenaga
  • Pengurangan Pembaziran
  • Pemeriksaan 100% Produk
  • Pengurangan Masa Terhenti

Akibat daripada penjimatan besar dalam produk dan tenaga, kini penganalisa kelembapan bahan kimia MoistTech memainkan peranan kritikal dalam proses aplikasi bahan kimia dan mineral, seperti: