IR3000 Ash1Dalam industri bahan mineral, ukuran kelembapan adalah sangat penting semasa pemprosesan mineral dari perlombongan sehingga produk akhir. Dengan bantuan rakan-rakan industri bersama pengetahuan selama 40 tahun, MoistTech mempunyai ribuan pemasangan dalam aplikasi kelembapan bahan mineral. Kami menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi pembacaan berterusan ukuran kelembapan NIR dan pengesan kelembapan makmal bagi ujian setempat berdekatan garisan atau di dalam makmal kawalan kualiti.

Syarikat-syarikat perlombongan sering kali melaras kelembapan untuk mengekalkan kualiti produk mereka. Perubahan kelembapan yang sedikit dan kelebihan kelembapan dalam campuran boleh mengakibatkan pengumpalan yang mempengaruhi kualiti dan konsistensi. Produk yang terlalu kering boleh menyebabkan debu berlebihan. Ukuran kelembapan sebelum penghancuran boleh mengawal saiz partikel dan juga menawarkan pengurangan debu. Semasa peringkat pengeringan, ukuran dalam-proses memastikan pengoptimuman dan pembasmian pengeringan berlebihan yang akan menyebabkan produk di luar spesifikasi, degradasi dan debu berlebihan.

Kawalan kelembapan bahan mineral boleh mengurangkan kos pengangkutan yang disebabkan oleh pengangkutan air berlebihan. Tambahan lagi, kawalan kelembapan boleh mengelakkan produk daripada membeku ketika dalam pengangkutan dan penghantaran.

Ujian kandungan kelembapan bahan mineral sepanjang proses menawarkan kepada pengilang penjimatan kos dalam tenaga dan kos bahan api, berserta pengurangan pembaziran produk.
Dengan ujian kelembapan NIR dalam talian secara berterusan, pengilang boleh memantau paras kelembapan dan kemudian mengawal pengering mereka dengan tepat untuk mengoptimumkan proses pembuatan dengan keperluan tenaga yang minimum.

MoistTech adalah mudah dipasang dan digunakan. Ia membekalkan ukuran yang tepat secara serta-merta tanpa kehilangan konstituen dalam pengendalian.

Moistech adalah sangat berpengalaman dengan keperluan dalam proses pembuatan bahan mineral. Penentukuran pengesan kelembapan kami, ukuran jarak gelombang, algoritma dan keperluan optikal pengesan kami telah dipra-tetap dalam kilang. Bagi analisis kelembapan melibatkan bahan mineral kering, ketepatan boleh dijangka pada +/-0.1%. Hasil keluaran boleh dilaras untuk mengoptimum PLC atau keperluan merekod. Bagi maklumat lanjut atau untuk berbincang mengenai aplikasi anda, sila hubungi ibu pejabat kami.

Faedah-faedah Kawalan Kelembapan Bahan Mineral

  • Peningkatan Kualiti Produk
  • Pengurangan Kos Tenaga
  • Pengurangan Pembaziran
  • Pemeriksaan 100% Produk
  • Pengurangan Masa Terhenti

Pengesan Kelembapan Bahan Mineral Kami Boleh Digunakan Di Dalam Aplikasi-Aplikasi Berikut

Muat turun Helaian Aplikasi Arang