Mengawal kandungan kelembapan produk kayu adalah satu pertimbangan kritikal dalam industri perhutanan. Kelebihan kelembapan akan memberi kesan yang besar kepada kualiti produk akhir dan proses pembuatan. Dengan pengesan kelembapan NIR daripada MoistTech, pengilang produk kayu boleh membuat pelarasan pada paras kelembapan berdasarkan maklumat secara langsung. Ini akan membawa kepada pengurangan kos bahan mentah dan bahan api, peningkatan pengeluaran dan produk yang lebih seragam. Kawalan kelembapan menjadi lebih mustahak apabila kilang mula memperkembangkan pengeluaran mereka untuk meliputi produk-produk istimewa dan permintaan pemprosesan menjadi lebih ketat.

Dengan bantuan rakan-rakan industri bersama pengetahuan selama 40 tahun, MoistTech menawarkan pengesan kelembapan kayu yang paling canggih bagi ukuran kelembapan tanpa sentuhan dalam produk perhutanan seperti fiber, debu gergaji, bahan api buangan, serpihan kayu dan partikel kayu. Dengan ribuan pemasangan seluruh dunia dalam pelbagai produk perhutanan, MoistTech menawarkan pembacaan ukuran kelembapan NIR dalam talian dan pengesan kelembapan NIR makmal bagi ujian setempat berdekatan garisan dan dalam makmal kawalan kualiti anda.

Ukuran kelembapan NIR (Dekat Inframerah) adalah ukuran tanpa sentuhan yang menawarkan kelebihan berbanding kaedah-kaedah tradisional, yang paling penting merupakan senang digunakan, penghapusan bahan kimia berbahaya, dan peningkatan kecekapan ujian produk. Dengan analisis NIR, semua langkat-langkah manual seperti mengumpul, mengering dan menimbang sampel dengan tepat, tidak diperlukan lagi. Data masa sebenar dihantar terus kepada sistem kawalan seluruh kilang bagi kawalan proses.

Faedah-faedah Analisis Kelembapan Kayu

  • Pengurangan Penggunaan Tenaga
  • Produk Berkualiti Tinggi Melalui Kawalan Kelembapan Yang Tepat Dan Serta-merta
  • Pengurangan Risiko Kebakaran dan Letupan
  • Pemantauan Kecekapan Pengeluaran Kilang
  • Pencegahan Letupan Papan Tekanan
  • Kawalan Pengering
  • Pemantauan Adunan bagi Kawalan Kelembapan & Resin
  • Peningkatan Produktiviti
  • Kos Rendah
  • Prestasi Operasi Tertinggi
  • Pengurangan Masa Terhenti

Ukuran Pengering Produk Kayu

Pengering kayu balak adalah merupakan salah satu fasa paling mahal dan juga paling penting dalam pemprosesan kayu keras bagi membantu meningkatkan kualiti kayu balak dan mengurangkan kos pengering. Ukuran kelembapan bersama kadar masukkan bagi kayu yang dimasukkan boleh dilaras untuk mengelakkan muatan terlampau bagi pengering. Kilang-kilang yang menggunakan NIR bagi ukuran dan kawalan kelembapan boleh mendapat manfaat daripada pengurangan penggunaan bahan api dan kecekapan tenaga yang maksimum berserta pengurangan pelepasan CO2 ketika pengeringan. Di samping itu, debu yang berlaku jika haba terlalu tinggi dan kerugian produk akibat kelembapan yang terlalu rendah juga boleh dikurangkan. Ukuran bahan di pintu keluar boleh memastikan bahan yang akan masuk ke dalam pencampur mempunyai kandungan kelembapan yang optimum bagi penambahan resin dan juga boleh mengoptimumkan kelembapan sebelum proses palet (10%-20%). Ukuran kelembapan pada pintu keluar pengering boleh memberi penjimatan bahan api yang ketara, dan yang lebih penting lagi, mencegah risiko kebakaran dan letupan. Analisis trend yang dipasang pada setiap pengesan boleh digunakan untuk memberi pengetahuan mengenai masalah-masalah kepada operator sebelum ia terjadi.

 

Aduan Produk Kayu

Produk yang dimasukkan ke dalam pengadun adalah kritikal bagi operasi kilang. Kandungan kelembapan kayu yang betul membenarkan tambahan adunan yang tepat. Ini akan membawa kepada pengurangan pembaziran dan penjimatan kos yang ketara. Banyak kilang yang melaporkan bahawa kos kawalan kelembapan dan resin dibayar dengan penjimatan dalam beberapa minggu selepas pemasangan. Pada pintu keluar pengadun, proses ini boleh diperbaiki untuk mengesahkan campuran resin yang betul, sekaligus mencegah letupan tekanan daripada kelembapan tinggi dalam proses pembentukan. Papan berkembang boleh dielakkan dan kawalan kelembapan / resin yang tepat boleh memastikan papan mempunyai ciri-ciri yang terbaik. Analisis trend yang terbina didalam perisian dalam setiap pengesan akan membolehkan operator untuk menyelesaikan masalah-masalah sebelum ia menyebabkan gangguan kepada pengeluaran.

Bahan Mentah & Bahan Api Buangan

Salah satu pertimbangan penting bagi industri perhutanan adalah pemantauan kualiti bahan mentah yang masuk ke dalam kilang. Maklumat kelembapan diperlukan untuk mengetahui jumlah kayu yang dibeli oleh kilang kerana kebanyakkan pulpa kayu dibeli berdasarkan berat. Pemantauan proses juga adalah penting kerana perubahan kualiti dalam bahan mentah kayu yang digunakan. Kelembapan yang berlebihan boleh mempengaruhi salutan resin dan menyebabkan nyahlamina dan papan berkembang. Kemasukkan bahan mentah boleh dipantau di dalam 0.5% yang membenarkan pekerja pengering untuk menghindari sebarang perubahan proses besar yang mengakibatkan gangguan. Masukkan pengering boleh dikawal dan justeru itu keluaran dapat mengekalkan paras kelembapan di dalam 0.1% ketepatan. Dalam aplikasi bahan api buangan, bahan boleh diadun bagi pembakaran yang lebih cekap dan penjimatan kos bahan api yang ketara.

Vener Produk Kayu

Kandungan kelembapan kayu menpengaruhi banyak ciri-ciri kayu seperti kekuatan, kekeringan, pengawetan gam dan prestasi ikatan. Ukuran kelembapan adalah sebahagian penting dalam kawalan proses ketika pembuatan vener supaya seiring dengan aliran bahan-bahan. Dengan pengesan kelembapan NIR daripada MoistTeh, data masa sebenar dimasukkan ke dalam sistem kawalan seluruh kilang untuk kawalan proses.

Instrumen dalam talian dan pada garisan daripada MoistTech bagi produk kayu termasuk:

Tentukur Pemasangan Kelembapan Kayu

 IR-3000 moisture sensorPengesan kelembapan IR-3000 daripada MoistTech telah digunakan secara meluas dalam industri produk kayu dan ia membekalkan ukuran kelembapan masa sebenar yang ideal bagi kawalan proses pengeringan, adunan dan kemasukkan bahan mentah. Pemasangan adalah pantas dan mudah. Pengesan kelembapan hanya perlu dipasang beberapa inci di atas produk. Pengkalan data produk MoistTech membenarkan kami melakukan pra-tentukur bagi pengesan kelembapan kayu. Dengan kelembapan sampel produk yang telah diketahui, setiap instrument boleh ditentukur beberapa minit sebelum dihantar. Pemasangan di tempat kerja akan menjadi lebih ringkas.

IR-3000 menyimpan tentukur yang boleh dihantar ke instrument lain dalam aplikasi proses yang serupa. Semua pengesan kelembapan kayu adalah sama, ini membenarkan tetapan tentukur digunakan pada semua instrument dalam julat aplikasi yang sama. Permintaan kuasa piawaian dan semua keluaran adalah terbina. Pengesan membekalkan data yang menyeluruh melalui hubungan Ethernet atau beberapa keluaran 4-20 ma bersama keluaran biasa yang lain, jika diperlukan. Antara muka operator dan paparan digital juga boleh disediakan. Untuk maklumat lanjut atau untuk berbincang mengenai aplikasi anda, sila hubungi MoistTech.[/su_spoiler]