Ukuran kelembapan semasa proses pembuatan adalah kritikal dalam mengekalkan kualiti dan konsistensi terbaik tekstil. Kandungan kelembapan berbeza secara ketara mengikut jenis bahan mentah, dan juga pada peringkat berbeza dalam proses pembuatan. Maka ukuran kelembapan tanpa-sentuhan adalah penting bagi mencapai produk akhir yang tiada tandingan.

Alat pengurusan kelembapan seperti Pengesan Proses Dalam Talian IR-3000 daripada MoistTech membenarkan kandungan kelembapan dipantau secara berterusan dan pelarasan boleh dilakukan secara serta-merta.

Pengesan kelembapan tanpa-sentuhan dalam talian daripada MoistTest membekalkan ukuran secara serta-merta, justeru itu memperbaiki prestasi, kebolehpercayaan, dan konsistensi.
Dengan memastikan tekstil tidak terlalu basah ataupun terlalu kering pada peringkat tertentu dalam proses pembuatan, anda akan mendapat produk akhir yang mempunyai kualiti konsisten berserta penjimatan kos daripada pengurangan pembaziran dan masa terhenti.

Faedah-faedah Kawalan Kelembapan Tekstil

  • Pengurangan Pembaziran Tekstil
  • Peningkatan Kualiti Produk Akhir
  • Produk Akhir Yang Konsisten
  • Pengurangan Kos Tenaga daripada Pengurangan Masa Terhenti

Pengesan Kelembapan Tekstil Kami Boleh Digunakan Dalam Aplikasi-Aplikasi Berikut:

Muat turun Helaian Aplikasi Arang