Pengesan Kelembapan Tembakau Model 828 dianggap oleh ramai orang sebagai produk utama dalam pengesan-pengesan Siri IR daripada MoistTech. Ini menghasilkan prestasi tanpa tandingan bagi ukuran dan kawalan kelembapan tembakau dalan semua peringkat industri tembakau. Hubungan berpanjangan kami dengan kebanyakkan pemproses tembakau mengesahkan pengetahuan dan pengalaman kami adalah tanpa saingan. Staf profesional MoistTech terus membangun produk-produk bagi industri tembakau membuktikan komitmen kami terhadap industri ini.

Kawalan pengering adalah lingkungan yang paling sensitif dalam pemprosesan tembakau. Ribuan kilogram perlu diproses setiap jam dimana isipadu, suhu dan kelembapan input adalah berbeza-beza. Pengesan kelembapan tembakau model 828 daripada MoistTech memberi pengguna kebolehan untuk memantau dan mengawal proses ini di dalam persepuluh daripada satu peratus.

Pemasangan Model 828 membekalkan ketepatan dan kejituan luar biasa dalam ukuran dan protokol kawalan kelembapan tembakau kepada para pengilang. Ia boleh mengukur dengan tepat dalam 0.1% bagi pelbagai aplikasi – menghasilkan peningkatan kualiti produk dan penjimatan kos yang ketara.

Pembuatan Tembakau

Tobacco MoistureUsaha MoistTech dalam membangun siri pengesan NIR dalam talian yang paling canggih telah meletakkan syarikat ini sebagai peneraju bagi kawalan kelembapan proses dalam industri tembakau.

Pengalaman kami dalam proses tembakau membantu kami untuk membangun penganalisis kelembapan tanpa-sentuhan dalam talian yang paling tepat bagi kegunaan pemprosesan primer, pemprosesan daun dan aplikasi tembakau potong.

Penghantar kelembapan dalam talian IR-3000 dan pengesan kelembapan tembakau Model 828 adalah terkenal dengan reka bentuk tahan lasak dan kebolehan mereka untuk menahan persekitaran kilang tembakau yang kasar. Pengesan-pengesan ini tidak dipengaruhi oleh ketinggian produk, aliran, cahaya sekeliling dan suhu. Bagi kebanyakkan aplikasi, ketepatan adalah di dalam 0.1%.

Tobacco Leaf Processing

Bagi meningkatkan kecekapan pembanting dan mengurangkan kuantiti lamina, kawalan kelembapan adalah sangat penting. Ketepatan yang tinggi dan maklum balas yang pantas kepada pengesan kelembapan membantu pengilang untuk menjalankan pemeriksaan 100%, di samping mengoptimumkan proses dengan menghasilkan produk berkualiti pada kos yang lebih rendah.

Pengesan ukuran dan kawalan kelembapan tembakau dalam talian kami juga mempunyai kebolehan untuk mengukur suhu dan komponen-komponen tembakau yang lain seperti gula dan nikotin jika diperlukan.

Aplikasi Proses Tembakau

Pengesan kelembapan tembakau Model 828, iaitu penganalisis NIR daripada MoistTech digunakan bagi analisis kelembapan tembakau di semua lokasi dalam pemprosesan daun tembakau dan primer. Senarai berikut adalah jenis aplikasi dan julat biasa bagi setiap ukuran kelembapan tembakau. Ketepatan yang boleh tercapai bergantung kepada kaedah pensampelan dan ujian. Seluruh daun dan jalur tembakau mempunyai ralat pensampel yang lebih tinggi berbanding tembakau dipotong siap. Ini disebabkan oleh perbezaan dalam bahan-bahan tersebut.

Lokasi biasa dimana ukuran adalah berguna adalah sebelum dan selepas pengering (silinder penghawa), pemotong, pemanggang dan garisan penyusunan semula.

Ukuran kelembapan, nikotin dan gula boleh didapati secara serentak dengan menggunakan penganalisis pelbagai konstituen dalam dan luar garisan.