Penghantar kelembapan IR-3000 adalah penghantar kelembapan dalam talian NIR (dekat inframerah) MoistTech untuk ukuran segera, tanpa-sentuh bagi hampir sebarang produk dan bahan mentah di dalam persekitaran pembuatan yang paling mencabar. Tanpa saingan dari segi prestasi, kestabilan, kebolehpercayaan, penyelenggaraan dan kos pemilikan, IR-3000 adalah jawapan untuk mengawal kelembapan di dalam produk anda.

Oleh kerana tidak sensitif kepada variasi bahan seperti saiz partikel, ketinggian dan warna bahan, penganalisis kelembapan proses dalam talian IR-3000 mampu memberi bacaan yang boleh dipercayai secara berterusan. Ia hanya memerlukan satu kali penentukuran, tanpa memerlukan penyelenggaraan dan mempunyai rekaan optik tanpa hanyut yang membolehkan pekerja operasi yakin untuk melakukan pelarasan proses berdasarkan ukuran masa sebenar dengan serta-merta.

Dengan ribuan ukuran sesaat, pengesan kelembapan dalam talian IR-3000 MoistTech membenarkan pengguna untuk mengoptimumkan proses dalam-talian mereka dan meningkatkan kualiti produk secara dramatik, membekalkan penjimatan tenaga dan potensi untuk meningkatkan produktiviti dengan pengurangan kehilangan bahan.

IR-3000 menggunakan komponen-komponen paling canggih yang membenarkan pemasangan dalam hampir kesemua lokasi melampau. Tambahan lagi, dengan kebolehan kehilangan produk perisian MoistTech, dimana celah kecil, bahan lengai, objek asing, tali sawat atau skru penghantar dialihkan daripada pengiraan ukuran, bacaan sebenar yang paling tepat boleh disediakan.

Lokasi Pemasangan IR-3000

Pengesan kelembapan IR-3000 mempunyai aplikasi dalam pelbagai bidang termasuk: tali sawat penghantar, penghantar skru dan heret, pelongsor bawah, tong simpanan dan pengering katil cecair. Minta nasihat daripada kilang untuk aplikasi khas anda.

Di-talian: Tambahan pilihan tapak dan pendiri membekalkan ukuran serta-merta luar-talian dan di-talian dibawah keadaan operasi dalam-talian.

Aplikasi IR-3000

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMoistTech mempunyai reputasi antarabangsa bagi pengesan NIR (inframerah dekat) yang sangat tepat dan perisian untuk menguji, mengukur dan mengawal kelembapan, pengesan kelembapan dalam talian IR-3000 yang baru dibangunkan dan perisian yang boleh dikonfigurasi dan ditentukur dalam hampir kesemua aplikasi. Aplikasi pengesan kelembapan kami menunjukan aplikasi dimana produk MoistTeck adalah sangat sesuai bagi ujian, ukuran dan kawalan kelembapan. Tambahan lagi, ribuan penganalisa kelembapan telah dipasang pada aplikasi MoistTech, bukan sahaja untuk ukuran kelembapan tetapi untuk aplikasi-aplikasi lain seperti mengukur dan mengawal: ketebalan salutan, kandungan resin, minyak, protein, lemak, nikotin, gula, perasa, ketebalan filem plastik dan bahan-bahan lain.

Penghantar kelembapan dalam talian boleh digunakan secara bersendirian atau dalam konfigurasi multi-pengesan. Sila rujuk diagram di bawah.

Komunikasi IR-3000

Komunikasi ke kepala pengesan boleh melalui komputer bimbit, antara muka operator skrin sentuh berdasarkan PC, jaringan luas kilang dengan RS232/422/485 and Ethernet TCP/IP. Protokol-protokol baru sedang dibangunkan secara berterusan untuk mengikuti perubahan tanpa henti proses persekitaran dimana ia beroperasi. I/O semasa termasuk 3 x output analog 4-20mA berasingan, dikuasa-sendiri.

Kelebihan Pengesan MoistTech

  • Keupayaan perisian kehilangan produk
  • Sumber cahaya hebat halogen kuarza besar.
  • Sistem optik yang beberapa kali lebih efisyen daripada pesaing
  • Motor kelajuan tinggi – melebih 100 ukuran setiap saat
  • Tiada kesan ketinggian produk 4 sehingga 14 inci daripada bahan
  • Sifar ambien atau kesan cahaya lain
  • Tiada kesan daripada habuk, suhu atau kelembapan
  • Paparan dalam % basah atau % berat kering
  • Rekabentuk industri lasak

Mengapa IR-3000 MoistTech?

  • Kos rendah
  • Ketepatan tertinggi
  • Teknologi terbaru
  • Industri spesifik
  • Pemasangan & penentukur termudah
  • Penyelenggaraan sangat rendah
  • Perisian paling canggih
  • Elektronik pemasangan permukaan

Ciri-ciri Pengesan MoistTech

  • Pasukan bantuan teknikal lanjut seluruh dunia
  • Penggera/ pemantau pencemaran tingkap optik
  • Pengesan suhu dalaman
  • Ujian percuma di makmal dalaman kami tanpa bayaran
  • Makmal menawarkan penentukur, ujian ketepatan dan spektrofotometer canggih
  • Pra-tentukur untuk aplikasi anda
  • Tiada penentukur rutin diperlukan
  • Tiada hanyutan tentukur
  • Tiada penyelenggaraan rutin diperlukan
  • Insensitive to ambient temperatures & light
  • Tidak sensitive kepada suhu produk
  • 50 products codes available
  • Windows operating software for management & control
  • Terdapat 50 kod produk
  • Perisian operasi Windows bagi pengurusan & kawalan
  • Output 3 x 4-20 mA
  • Kestabilan jangka panjang terbukti
  • Pilihan tingkap pengesan Sapphire, Kel F, Kuartz
  • Pilihan penutup xproof