Penganalisis kelembapan dekat inframerah IRMA 858 adalah pengesan ujian kelembapan atas talian pantas daripada MoistTech. 858 dilengkapi dengan pengesan kelembapan IR-3000 optik dan elektronik yang menyediakan ketepatan luar biasa, resolusi dan masa ujian tersingkat bagi sebarang pengukur teknologi sama. Tanpa saingain dari segi prestasi, kestabilan, kebolehpercayaan, penyelenggaraan dan kos pemilikan, IRMA 858 adalah jawapan bagi mengawal kelembapan di dalam produk anda

858-05 Ideal bagi makmal dan di berhampiran talian pemprosesan, pengukur kelembapan inframerah IRMA 858 adalah pengesan pertama dimana sampel diukur dari bawah ke atas di dalam bekas bertapak kuartz yang tertutup. Dengan sampel di dalam ruangan tertutup sepenuhnya, kehilangan bahan yang disebabkan oleh pengendalian dan dalam persekitaran boleh dielakkan, sekaligus menyediakan bacaan kelembapan sebenar yang tepat..

Dengan keputusan yang boleh diperolehi dalam kurang daripada 1 saat, anda boleh memperbaiki kualiti produk secara dramatik, menyediakan penjimatan tenaga dan potensi untuk meningkatkan produktiviti dengan pengurangan kehilangan bahan. Tambahan lagi, ia hanya mempunyai satu kali penentukur, tanpa memerlukan penyelenggaraan, rekaan optikal tanpa hanyut yang membolehkan pekerja operasi yakin untuk melakukan penyelarasan proses berdasarkan ukuran masa sebenar dengan serta-merta.

Penguji kelembapan inframerah IRMA 858 dilengkapi dengan satu PC skrin sentuhan berwarna yang besar dengan skrin operator yang menyediakan masa dan tarikh sampel, lokasi proses sampel dan nama operator. Analisis regresi dan simpanan data penentukur telah dibina ke dalam perisian penentukur .

Aplikasi IRMA 858

MoistTech mempunyai reputasi antarabangsa bagi pengesan NIR (inframerah dekat) yang sangat tepat dan perisian untuk menguji, mengukur dan mengawal kelembapan, penganalisa kelembapan IRMA 858 yang baru dibangunkan dan perisian yang boleh dikonfigurasi dan ditentukur bagi pelbagai komponen di dalam hampir sebarang aplikasi.

Anda boleh mendapati pautan kepada aplikasi pengesan kelembapan biasa dimana produk MoistTech adalah sangat sesuai untuk ujian, ukuran dan kawalan kelembapan yang tepat dan jitu. Secara tambahan, ribuan penganalisa kelembapan inframerah telah dipasang pada aplikasi MoistTech, bukan sahaja untuk ukuran kelembapan, tetapi juga untuk aplikasi-aplikasi lain seperti mengukur dan mengawal: ketebalan salutan, kandungan resin, minyak, protein, lemak, nikotin, gula, perasa, ketebalan filem plastik dan bahan-bahan lain.

 

Ciri-ciri Piawaian IRMA 858 Termasuk:

  • Resolusi data 16 bit untuk ketepatan dan tindak balas tanpa saingan
  • PC panel-sentuhan dengan Windows CE terbina dalam
  • Algoritma pengukuran dan penentukur yang telah dipra-programkan
  • Pilihan penapis NIR yang diubahsuaikan untuk aplikasi anda
  • PC panel sentuhan dan perisian pengurusan
  • Hubungan Ethernet (2 x RJ45)
  • Simpanan data tidak meruap FLASH
  • 3 hubungan USB untuk antara muka tetikus/papan kekunci
  • 1 bekas tertutup 3” dengan tapak Kuartz 1 sealed sample 3” container with Quartz base
  • 2 tahun waranti alat ganti dan buruh

Pilihan IRMA 858

Pilihan bagi pengukur kelembapan IRMA 858 termasuk tetikus dan papan kekunci kawalan jauh dan juga sokongan jaringan proprietari Profibus, DeviceNet dan ProfiNet.

Maklumat Teknikan Pengesan

  • Tanpa hubungan858-03_2
  • Ukuran serta-merta
  • Penapis digital canggih untuk isyarat tanpa hingar
  • Penggunaan tenaga amat rendah
  • Keupayaan jaringan dan tanpa-wayar
  • Teknologi Pemasangan Permukaan
  • Prosedur tentukur mudah
  • Diagnostik digital memantau semua komponen kritikal
  • Tidak memerlukan penentukur semula secara rutin
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan secara rutin

Mengapa MoistTech IRMA 858

  • Kos rendah
  • Ketepatan tertinggi
  • Teknologi terbaru
  • Sampel tertutup
  • Pemasangan & penentukur termudah
  • Penyelenggaraan sangat rendah
  • Perisian paling canggih
  • Elektronik pemasangan permukaan