MoistTech Corp. dikenali sebagai peneraju sedunia dalam ukuran kelembapan bagi proses dalam talian dan instrumen kelembapan makmal yang menggunakan teknologi NIR (Dekat Inframerah). Dengan pengalaman selama 40 tahun dalam teknologi kelembapan, MoistTech telah membina pengkalan pengguna yang paling luas dalam industri pengurusan kelembapan.

Kami memahami produk-produk sedemikian telah wujud, oleh itu, matlamat kami bukan hanya untuk mencipta satu lagi pengukur kelembapan NIR, tetapi adalah menganalis kelemahan pengukur-pengukur sedia ada, menggunakan maklum balas pelanggan & teknologi baru yang tersedia bersama pengetahuan meluas kami dalam menghasilkan satu reka bentuk pengukur yang unggul.

Menawarkan pelbagai kemajuan dalam kedua-dua perkakasan dan perisian serta reka bentuk optik tercanggih, pengukur kelembapan MoistTech adalah peneraju pasaran dalan bidang pengukuran kelembapan. Penghantar MoistTech adalah diantara yang paling tepat, paling canggih dan mampu milik dalam pasaran bagi pemprosesan dan kawalan kualiti dalam proses pembuatan. Misi kami adalah untuk membekalkan instrumen kawalan/proses kelembapan yang paling tepat pada nilai yang tertinggi.

Ibu pejabat kami terletak di Sarasota, FL dan kami juga mempunyai fasiliti jualan, sokongan dan pembuatan di Southern California serta New England. Tambahan lagi, kami mempunyai pejabat sokongan jualan di serata dunia dengan ibu pejabat Eropah di Netherland dan ibu pejabat Asia/Pasifik di Australia. Dengan lokasi di serata dunia, kami mampu bertindak balas terhadap keperluan pelanggan dan membekalkan sokongan produk yang tanpa tandingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengesan Kelembapan NIR, Penghantar Kelembapan NIR Dalam Talian, Penghantar Kelembapan Makmal/Atas Bangku dan sebarang aksesori kami, sila hubungi MoistTech.

Kami menanti untuk berkerja sama dengan anda!