Kandungan kelembapan dalam bahan yang digunakan dalam makanan dan proses pembakaran telah menjadi salah satu komponen paling kritikal dalam industri kerana banyak bahan mentah yang dijual pada hari ini adalah berdasarkan berat. Pengesan kelembapan MoistTech boleh menyediakan satu ujian pantas untuk menguji paras kelembapan dalam bahan mentah pengilang, justeru itu memberi penjimatan wang yang banyak bagi kilang pembeli.

SAMSUNGAdalah mustahak juga untuk mengetahui kelembapan kandungan pada peringkat pencampuran dalam proses pembuatan makanan kerana air memberi kesan kepada kualiti dan konsistensi produk akhir. Perubahan dan kelebihan kelembapan dalam campuran boleh menyebabkan pengumpalan dan formula resipi di luar piawaian. Ujian kelembapan makanan pada masa ini membenarkan pelarasan dibuat sepanjang proses pencampuran bagi mengurus paras kelembapan.

Pengilang berusaha keras untuk menghasilkan produk akhir yang terbaik. Amaun air dalam satu produk memberi kesan kepada rasa, rupa paras, konsistensi, kestabilan dan juga jangka hayat. Menguji paras kelembapan produk akhir memastikan pengilang telah menghasilkan produk dengan kualiti dan konsistensi tertinggi.

Adalah merupakan kebimbangan para pengilang makanan sama ada produk akhir mereka mengandungi kelembapan yang berlebihan atau berkurangan. Sesetengah bahan makanan dijual mengikut berat, dengan mengelakkan ia daripada terlalu kering, lemak/kalori boleh dikurangkan, maka mengurangkan kos. Penambahan air yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah dengan menjadikan rasa item tersebut basi atau lebih teruk menyumbang kepasa pertumbuhan bakteria/kulat.

Pengesanan kandungan kelembapan sepanjang proses juga menyediakan penjimatan kos tenaga dan kos bahan api kepada pengilang makanan, bersama pengurangan pembaziran produk. Dengan ujian kelembapan NIR dalam talian secara berterusan, pengilang boleh memantau paras kelembapan dan kemudian boleh mengawal ketuhar, pengering, pemanggang dan penggoreng dengan tepat untuk mengoptimumkan proses pengeluaran dengan keperluan tenaga yang minimum.

Dengan bantuan rakan-rakan industri bersama pengetahuan selama 40 tahun, MoistTech mempunyai ribuan pemasangan dalam pelbagai jenis produk makanan di seluruh dunia, dari buburan sehingga serbuk . Kami menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi pembacaan ukuran kelembapan NIR dan pengesan kelembapan makmal bagi ujian setempat berdekatan garisan atau di dalam makmal kawalan kualiti.

Sungguhpun kelembapan adalah tumpuan utama kami, kami juga membekalkan penganalisis bagi ukuran berterusan dalam talian bagi protein, lemak/minyak, gula, perisa, kafein dan konstituen/bahan lain yang menyerap sinaran NIR.

Menyedari bahawa banyak syarikat pemprosesan makanan menggunakan pelbagai ukuran rujukan utama, sama ada dari sumber dalaman atau luar, pengesan kelembapan NIR MoistTech adalah mudah dipasang dan digunakan. Ia membekalkan ukuran yang tepat secara serta-merta tanpa kehilangan konstituen dalam pengendalian. Dengan ukuran serta-merta ini, pengilang boleh mendapat penjimatan dalam kos analisis, masa penghantaran dan kos penghantaran.

HEB TORTILLA #2Moistech adalah sangat berpengalaman dengan keperluan dalam proses pembuatan semua jenis makanan. Penentukuran pengesan kelembapan makanan kami, ukuran jarak gelombang, algoritma dan keperluan optikal pengesan kami telah dipra-tetap dalam kilang. Bagi analisis kelembapan melibatkan produk kering, ketepatan boleh dijangka pada 0.1%. Dalam aplikasi kelembapan yang lebih tinggi, ketepatan boleh dijangka pada 0.2 dan 0.5%. Ketepatan ukuran lemk/minyak dan protein bergantung kepada aplikasinya. Hasil keluaran boleh dilaras untuk mengoptimum PLC atau keperluan merekod. Bagi maklumat lanjut atau untuk berbincang mengenai aplikasi anda, sila hubungi ibu pejabat kami.

Pemasangan Pengesan Kelembapan Makanan

Kami mengesyorkan satu pengesan dipasang pada pintu keluar ketuhar, penggoreng, pengering, dll., berdekatan dengan pembungkusan supaya makanan mempunyai masa untuk menjadi stabil dan sejuk. Pengesan kelembapan makanan perlu dipasang beberapa inci di atas tali sawat atau skru penghantar supaya ia boleh memantau proses secara berterusan dan mengawal kandungan kelembapan dalam produk akhir secara manual atau automatik.

Faedah-faedah Analisis Kelembapan Makanan

  • Peningkatan Kualiti Produk
  • Pengurangan Kos Tenaga
  • Pengurangan Pembaziran
  • Pemeriksaan 100% Produk
  • Pengurangan Masa Terhenti

Pengesan kelembapan makanan MoistTech memainkan peranan penting dalam makanan-makanan berikut: